Pusat Maritim Putrajaya
Dah lama rasanyer tidak mencoret sesuatu ke
dasar blog ini....sibuk...itu aje lah alasan yang paling typical yang digunakan
bila kita tak sempat lakukan sesuatu sama ada kebiasaan atau sesuatu yang baru.
Kali nih nak citer sket tentang renang...swim...2x5
lah tuh. Mungkin ramai yang memang sudah tahu malah telah mahir berenang. Beruntunglah
kalau lahir-lahir sahaja kemahiran tersebut sudah boleh dikuasai. Namun, bagi
yang tidak tahu langsung...malahan yang fobia dengan air, rasanyer perlulah
menepis sikap takut dan rajin-rajinlah pasang plan untuk ikuti kelas berenang. Kalau
yang tak mau ikuti kelas formal (yang dikenakan bayaran), bolehlah minta
kawan-kawan yang champion untuk ajar basic tertentu. At least, kemahiran
mengapung badan dalam air boleh dikuasai.
Selain menyihatkan badan...boleh
kurus....lebih beruntung lagi bila kita di anugerah pahala kerana ini amalan
Rasulullah. ..Allahuakbar. terasa seronoknya bila sesuatu yang kita buat ini
adalah merupakan sunnah Rasul kan?
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan
memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW bersabda: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti
permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan
antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya;
Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot
dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi
antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina (
sistem kardiovaskular).
Berenang juga memberi peluang manusia untuk
menguasai air serta menjadi berani.
Emm..selain berenang, memanah dan berkuda juga
merupakan sunnah nabi. Tapi, bagi kanak-kanak, aktiviti berenang ini adalah
yang paling sinonim dan mudah disertai. Kalau nak join senaman berkuda, kos
memang agak besarlah. Dan kemudahan kelab berkuda juga tidak semua tempat ada. Tapi
kalau yang berkemampuan, bolehlah join. Untuk memanah pula, mungkin ramai
antara kita yang tidak terfikir langsung untuk melalukannya kan?
Tapi kalau lihat pada faedah daripada aktiviti
memanah nih, memang baik sekali. Memanah mampu melatih emosi dan fizikal untuk
meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing.
Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara
tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah,
kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.
Perbuatan melenturkan anak panah di
busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga
satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.